Gaya Street Sunday Market

salam n hye2, kali ni aku maw story sikit pasal salah satu pasar yg agak terkenal di negeri Sabah. Di Sabah selain pasar orang tempatan juga menggelarkannya sebagai tamu ahad. Ada banyak tamu yang femes di Sabah sebagai contoh Tamu Besar Kota Belud dan Tamu Jalan Gaya ini.

bagi aku Tamu Besar kota Belud lebih fokus menggambarkan Kota Belud itu sendiri manakala Tamu Jalan Gaya ini lebih kepada menggambarkan Sabah itu sendiri.

Tamu Jalan Gaya atau Gaya Street Sunday Market ni lebih tertumpu kepada penjualan kraf tangan berbanding keperluan harian. Tamu ini beroperasi setiap hari ahad dari awal pagi hingga awal ptg. fakta dari laman sesawang mengatakan tamu ini beroperasi dari pkul 6 pagi hingga 1 petang. Untuk info lanjut sila klik di sini.

So gambar hari ni lebih kepada barang jualan dan serba sedikit suasana Tamu Jalan Gaya atau Gaya Street Sunday Market ini. 










Air pancut ini terletak betul2 di tengah2 tamu ini. sesuai untuk berehat sebentar sebelum melawat bahagian seterusnya. Agak panjang juga sebenarya deretan Tamu ini.









Gambar diatas menunjukan sekumpulan orang kurang upaya ( Cacat penglihatan) sedang mempamerkan keupayaan mereka bermain alat muzik sebagai salah satu sumber rezeki semasa Tamu ahad ini.




Tamu Jalan Gaya ini rasanya lebih kepada tarikan pelancong selain tempat untuk mendapatkan keperluan harian. Tekukur diatas dijual dengan harga RM10 seekor adalah biasa. apa yang mengejutkan ialah ada penjual yang menjual kucing parsi dengan harga RM2500 seekor. mungkin kucing tu memang mahal tapi logik akal la kan, siap pigi tamu ahad bawa duit ribu riban? hahah kelakar juga kn, gambar kucing tu tiada sebab penjual dia marah aku snap gambar hehe

jadi siapa orang Sabah yang belum pernah pigi ini tamu, cari la masa pigila, ini tempat kita bah ni, dan kepada mereka yang berminat untuk melawat sabah, jangan lepaskan peluang untuk melawat or jalan2 di tamu Jalan gaya ni. best ndak rugi;)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...