Archive for June 2012

Ustaz Azhar Idrus- Daie Sejuta Umat



Salam dan Hye2, Alhamdulillah aku sangat bersyukur kepada Allah kerana telah mendengar dan memakbulkan doa aku untuk berjumpa, mendengar kuliah secara live, outing fotografi bersama-sama dengan insan yang dikenali sebagai Daie sejuta umat. so daie ni maksud dia pendakwah kalo aku ndak silap.

Insan yang aku maksudkan ini adalah Ustaz Azhar Idrus @ UAI.
semua orang taw yang UAI ni sudah jadi fenomena sekarang terutamanya dalam kalangan muda mudi. kalo ikut pandangan aku, pendekatan UAI yang lain dari daie yang lain ni la yang menyebabkan muda mudi tertarik untuk mendengar ceramah beliau. sikap beliau yang bersahaja dan cara beliau menyampaikan kuliah atau ajaran agama sangat berbeza jika dibandngkan dengan penceramah bebas yang lain.



Lain dari yang lain adalah panggilan atau gelaran yang aku rasa sesuai dengan pendekatan UAI ni. Hukum agama diterangkan dengan menggunakan contoh yang mudah dan kelakar membuatkan semua orang tertarik untuk mendekati beliau. 

Sesi ceramah UAI yang diadakan hampir setiap hari di tempat yang berlainan sentiasa  mendapat sambutan hangat terutamanya muda mudi. ndak kira la fan german ka, fan spain ka, fan poland, portugal, denmark, netherland mahupun fan honduras semuanya sangat berminat untuk follow UAI ni. 



Ditakdirkan tuhan memang rezeki aku khasnya dan warga parit raja amnya untuk bertemu bersemuka secara langsung dengan beliau pada 9 jun yang lepas. sesi kuliah dan soal jawab berlangsung pada malam 9 jun dari 8 hingga 12 tengah malam. tidak keterlaluan kalo aku cakap sesak macam KL parit raja semalam sebab orang ramai khususnya rockers2 UTHM semua mahu mendengar celoteh agama UAI.

Tadi pagi pula sesi outing fotografi dengan UAI sekitar parit raja. sepatutnya kami shoot tema street tapi tiba2 UAI jadi tumpuan semua. so dari tema street tukar pulak pigi tema talent dan talent nya UAI la sepa lagi kn.
bawah ni beberapa gambar UAI sekitar outing dan keadaan sewaktu kuliah semalam. Gambar amatur, so pro2 sekalian sila berhati2 haha























Untuk sesi kuliah disebabkan oleh keadaan low light yang melampau so gambar jadi sangat bising, tapi apa yang aku try tunjukkan adalah keadaan sebenar malam tu.
 Actually malam tu ada event lepak positif dekat pekan Parit raja, ada nyanyi2 la dan free nasi lemak. tapi syukur sebab orang ramai lebih tertarik untuk dengar kuliah;)













adik bawah ni macam senyum plak tengok aku haha semoga menjadi muslimah yang solehah ;)



Akhir kata dari aku, selamat berjuang kepada geng2 aku se UTHM khususnya mechanical student final semester batch 08/09.
ni last sem kita, jangan main2 n fokus untuk paper2 terakhir kita ni;)
semoga dengan kedatangan UAI pada semester akhir ni akan membawa rahmat dan keberkatan dalam hidup kita;)
 Terima kasih juga kepada golongan rockers, jazz, balada, heavymetal, pop yeah yeah kariah parit raja kerana anda memilih untuk bersama ulama pada malam itu dan meninggalkan awek cinta satu malam yang melalak kt tengah hujan tu;) hehe 
p/s saya punya blog ini bukan blog politik tapi blog untuk orang yang apreciate manusia yang bergelar Ulama dan profesional fotografer;)

semoga panjang umur dan semoga sihat selalu UAI;)
satu soalan dari saya , UAI bila nak mai Sabah bagi kuliah dkt orang sabah plak;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...