Archive for February 2012

AWEK I AM NUMBER 4 CANONET 28


Salam n hye2, dekat sebulan sudah ni blog terbiar, teda idea bro, jd hari ni sempena dengan hari terakhir cuti bdk2 UTHM, aku pun maw update la blog tercinta ni.
Hari ni aku maw story sket pasal lomografi atau penggunaan film utk snap gambar. bila sebut guna film or bahasa glemer dia guna kodak, mestilah camera yg digunakan juga merupakan camera klasik.
kalo kamu sudah tengok cerita I am number four, mesti kamu perasan c sarah tu dia minat tangkap gambar pakai kamera dulu2 yg pakai kodak, contohnya gambar bawah ni, dia pakai kamera Nikon F series 35mm RF. Aku pernah try cari kamera ni di ebay, n ada la jg, actually ada sorg uncle dr selangor yg jual kamera klasik ni, uncle teoh nama dia, kalo berminat maw dptkan kamera ni bleh try usha dkt Uncle Teoh kamera sni ada byk jgk la kamera dulu2.



so ni la awek tu, sarah or nama betol dia Diana Argon, cantik kan, bg aku ni awek nmpk lg cantik sebab dia pndi guna Nikon F series RF ni haha BTW RF tu ranngefinder.

apa yang aku maw tunjuk sebenarnya ialah camera yg sarah ni bg dekat hero cerita tu. 
kamera yang dia kasi tu jenis canon or nama saintifik dia Canonet 28. so canonet 28 ni ( c28) dipasarkan sekitar tahun 1971-1976, so ikut fahaman aku dia py development mest around 60's kn, hebat jg kn japanese ni haha
actually ni kamera adalah versi murah dalam family canonet ni, ada lg abg2 dia mcm canonet QL17 maksud dia quick loading or yg lebih maju dr ni la.



kalo kmu perasan c sarah ni describe kamera ni py capability sbg "the camera with the cool light leaks", aku pun ndk brapa pasti maksud dia tp maybe apa dia try sampaikan ialah c28 ni py kelebihan dr segi pengawalan cahaya masuk melalui shutter kali, ntah la aku hentam ja

tapi kamera ni sdh jd agak rare sekarang sebab mmg susah maw jumpa terutamanya dalam Malaysia,ni pun aku jumpa kira nasib2 jg la, cari2 dgn en google terjumpa Uncle Teoh ni so terus aku deal dgn beliau dlm masa kurg kurang 48 jam kamera ni sdh smpai di rumah sewa aku d johor ni hehe cayalah uncle!! haha dan tidak dilupakan bravo Poslaju !!!!!!!!!!




kamera ni bkn jenis yang interchangeble lens la, dia punya lens sdh fix 40mm f2.8, lens ni manual focus so kita kena fokuskn imej tu sendiri la, cara maw fokus guna kamera ni agak pelik sebab bila kita tengok dekat rangefinder tu, kita akan nampak subjek tu berlapis or ada dua imej, cara fokus dia kita pusingkan focusing ring tu sampai subjek berlapis tu jadi satu, senang kan haha susah jugak sebenarnya sebab second subjek tu tidak berapa jelas, so eagle eye sgt diperlukan masa memokus subjek.


utk kamera ni boleh set dia punya aperture dr 2.8 smpi 16 , n ada mode A or auto yg bermaksud kalo kita guna mode ni shutter tidak akan berfungsi selagi kamera ni rasa exposure tidak betol, lebih kurg mcm mode auto kamera skrg jg la


atas ni gambar setting utk ISO dia, tp utk kamera ni dia guna simbol ASA lebih kurg jgla, tp penggunaan benda ni mesti ikut sepesifikasi kodak yg kita guna, jgn hentam2;)



berat kamera ni lebih kurang setengah kilo, agak berat jglah sbab dia guna besi padu beb, aku rasa dorg mesti guna kaedah penuangan logam utk buat body kamera ni, utk spesifikasi kamera ni dengan lebih lengkap sila rujuk Canonet 28



mula2 aku maw beli ni kamera sebab maw try guna, tapi mcm biasalah byk kekangan, cntohnya dimana maw cari kedai yg still jual kodak n boleh cuci gambar dr kodak, then bateri yg kamera ni guna sudah diharamkan di Malaysia sebab bateri tu guna tenaga merkuri, replacement bateri pulak susah gila maw cari, pigi kedai rata2 semua ndk pernah dgr nama or jenis tu bateri pastu belagak mcm taw sampah betol haha so sapa2 yg taw mana aku bleh dpt ni bateri jenis alkali EPX-625A or PX-625A silalah roger2 aku ya hehe
actually ni kamera masih boleh berfungsi tanpa bateri cuma aku teda metering device utk ukur exposure yg sesuai;) kalo DSLR just turn on dia punya live view then set la metering, mudah kn haha teknologi bro makin hari makin tinggi;)

agak panjang kn entry hari ni, haha maybe sebab lama betol sdh tidak berentry kali, tu jala yang aku maw cerita tidak maw baca pun xpa sebab tengok gambar pun best jg apa hahah

aku sudah beli kamera Canon Canonet 28 ni dari uncle Teoh, ada satu ja aritu dgn harga RM190, n aku maw simpan ni benda, tapi kalo ada yang maw beli aku buka harga RM19,000 hahaha ada berani ka bos? hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...