Gaya Street Sunday Market

salam n hye2, kali ni aku maw story sikit pasal salah satu pasar yg agak terkenal di negeri Sabah. Di Sabah selain pasar orang tempatan juga menggelarkannya sebagai tamu ahad. Ada banyak tamu yang femes di Sabah sebagai contoh Tamu Besar Kota Belud dan Tamu Jalan Gaya ini.

bagi aku Tamu Besar kota Belud lebih fokus menggambarkan Kota Belud itu sendiri manakala Tamu Jalan Gaya ini lebih kepada menggambarkan Sabah itu sendiri.

Tamu Jalan Gaya atau Gaya Street Sunday Market ni lebih tertumpu kepada penjualan kraf tangan berbanding keperluan harian. Tamu ini beroperasi setiap hari ahad dari awal pagi hingga awal ptg. fakta dari laman sesawang mengatakan tamu ini beroperasi dari pkul 6 pagi hingga 1 petang. Untuk info lanjut sila klik di sini.

So gambar hari ni lebih kepada barang jualan dan serba sedikit suasana Tamu Jalan Gaya atau Gaya Street Sunday Market ini. 










Air pancut ini terletak betul2 di tengah2 tamu ini. sesuai untuk berehat sebentar sebelum melawat bahagian seterusnya. Agak panjang juga sebenarya deretan Tamu ini.









Gambar diatas menunjukan sekumpulan orang kurang upaya ( Cacat penglihatan) sedang mempamerkan keupayaan mereka bermain alat muzik sebagai salah satu sumber rezeki semasa Tamu ahad ini.




Tamu Jalan Gaya ini rasanya lebih kepada tarikan pelancong selain tempat untuk mendapatkan keperluan harian. Tekukur diatas dijual dengan harga RM10 seekor adalah biasa. apa yang mengejutkan ialah ada penjual yang menjual kucing parsi dengan harga RM2500 seekor. mungkin kucing tu memang mahal tapi logik akal la kan, siap pigi tamu ahad bawa duit ribu riban? hahah kelakar juga kn, gambar kucing tu tiada sebab penjual dia marah aku snap gambar hehe

jadi siapa orang Sabah yang belum pernah pigi ini tamu, cari la masa pigila, ini tempat kita bah ni, dan kepada mereka yang berminat untuk melawat sabah, jangan lepaskan peluang untuk melawat or jalan2 di tamu Jalan gaya ni. best ndak rugi;)

Pengalaman 50 Hari

 Salam dan Hye2,
terlampau lama sudah aku ndak up-date ini blog taw, mengkali ada sudah setengah tahun ndak up-date. Sibuk banyak dari bulan 4 sampai awal bulan 9. Sana la maw kasi siap Projek tahun akhir, tesis lagi pastu final exam lagi. Pastu balik cuti 1 minggu ja, terus Latihan Industri aka Praktikal. Busy Gila haha tapi sekarang semua sudah setel. aku sudah Officially Pengangur Berjaya sekali lagi haha
harap2 ndak lama jadi pengangur, maw tolong family sikit2 bh.

so, setelah sekian lama, hari ni aku ambil kesempatan untuk kemaskini la blog aku.
Entry aku kali ni lebih berkisarkan tentang life aku selama 10 minggu or lebih kurang 50 hari bekerja sebagai pelatih di Sabah Electricity SDN BHD, stesen janakuasa melawa (SJM). 
First Impression aku bila dpt LI di SJM tu sedikit seram jugak la, besa la karan bh tu, siapa ndk takut kn. so aku lapor diri pada 2 julai 2012, staf sana sangat friendly, buat aku rasa sangat  selesa sebenarnya.
Sikit latar belakang tu stesen, so stesen ni terletak di teluk sepanggar, dekat sja sama PoliKK, tepi jalan ja boleh nmpk dia py stesen dr jalan dekat round about sepanggar tu. so dalam stesen ni ada 3 jenis medium untuk janakuasa elektrik iaitu Gas Turbine , IHI enjin v-Shape 18 cylinder, dan Caterpillar high speed 12 cylinder engine. 
Tengok nama enjin pun mcm menarik kn, so SJM ni ada lebih kurang 20 enjin CAT, 3 Enjin IHI besar bas,  dan satu Gas turbine or nama saintifik dia enjin kapal terbang. So , aku pasti kalo budak mekanikal dan minat enjin, memang best gila praktikal sini. staf dia pun ndak luki mengajar n yang paling best ko akan dapat rasa buat kerja2 maintenance dalam keadaan yang sangat selamat dan selesa.
Secara jujurnya aku sebelum praktikal di SJM ni langsung tidak minat pasal enjin. maw muntah ja bila tengok subjek2 yang berkaitan dengan power ni, baca banyak kali pun ndk phm2. tapi syukurla, bila aku praktikal di SJM, minat start timbul dan aku dpt tengok enjin punya operasi dalam sekala yang sangat besa sebenarnya. Bayangkan ja la kalo Piston sudah macam besar balak satu pemeluk, macamana besar enjin tu, sudah la besar 18 silinder lagi hohoi gila2. so, kalo reader yg ndk berapa fhm psl apa yang aku tulis, or term2 yg aku guna, jgn pening kepala, tengok ja gambar;)

kali ni semua gambar ditangkap guna kamera telefon 5 megapiksel;) hehe teda kerja maw bawa kamera besar2 pigi praktikal haha





Exhaust valve


Gas Turbine






Piston









Flywell









Turbo


































di kaki dorang ni adalah connecting rod untuk enjin IHI dan di bawah ni gambar penuh dia, nampak kecil kn haha 200kg ni hohoi




dibawah ni gambar full report and log book aku sebelum aku bungkus untuk di pos kepada SV aku, report mungkin ndak tebal tapi padat haha


mamat yg berjambang ni adalah orang yang bertanggungjawab mencipta blog ni haha pelik plak aku tgk muka aku haha btw belakang aku tu enjin kapal;) sempoi ja kn uniform aku pigi praktikal haha jeans and round-neck shirt haha
Ada ramai juga geng aku praktikal sana, tp ndk aku upload dorang punya gambar nanti ada yang perasan popular haha aku bagitaw nama ja la, Ramizan (polikk), Syafiq (polikk), Nazri (polikk), Fitri (UTHM), Mamias ( UITM S.A), Ferdinand (Unimas), Jacqual (Unimap) and ada cewek dua orang student UMP apa ntah nama dorang  huhu besa la anti-sosial kn hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...